Rabu, 29 April 2015

Sayang ialah

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Memang selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. ( Erti kata lain, sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuang masa untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita tuu.. )

Ahad, 12 April 2015

Minat ialah

Minat - Ada sesuatu dalam dirinya yang buat kita tertarik mendekatinya. ( Erti kata lain, minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, atau peribadi yang kita mahukan )

Cinta ialah

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat kalau boleh nak dia tau. Seboleh mungkin kita taknak sakiti hati dia..Kita juga akan sentiasa fikir tentang dirinya.. 
( Erti kata lain, cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat. Tanpa dia kita akan sunyi dan kita akan cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepada dia walaupun dia buat tak tahu je )

Sabtu, 7 Mac 2015

20 PERKARA WANITA TIDAK SUKA LELAKI JENIS

Ia mungkin benar dan ia juga mungkin tidak benar.Apa yang penting,kita tahu apa yang boleh membuatkan perempuan itu membenci kita.

1. MENINGGIKAN SUARA
2. MAIN KAYU TIGA
3. SUKA ‘CUCI MATA’
4. MENGONGKONG
5. EGO
6. MENIPU
7. PERASAN
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
10. CEMBURU BUTA
11. MATA DUITAN
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
13. PANAS BARAN
14. KAKI MEROKOK
15. PENGOTOR
16. GELOJOH
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
19. PUTAR BELIT
20. SUKA KONTROL MACHO

Selasa, 27 Januari 2015

#13 21 perkara lelaki menyenangi perempuan

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu
dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki.

5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang,  anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda

Isnin, 26 Januari 2015

#11 dipanah cinta??

Kpd pesakit saya yng kritikal tadi  baru dicucuk oleh panah cinta  ... oleh seorang perempuan  yng comel  ..ini  pesan saya jngn tunggu lama ² untuk luahkan perasaan anda itu sebab nanti anda melepas ... siapa yng susah bila awk putus cinta nanti saya kn ... sebab awk minta nasihat saya..dh lah susah nk opret hati oang putus cinta ni  jadi cptlah pgi bagitau dia yng awk jatuh cinta dngn dia jngn melepas sudah                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        �����

#10Nak kenali 10 lelaki  yg berstatus bahaya? Bahaya tak bahaya cuba analisis anda dari mana.


1)Lelaki yg sering berkata:''Abg memang syg kan ayg tpi abg belum bersedia untuk hubungan yg lebih serius..''Mungkin lelaki ni hnya nak main-main je..

2)Lelaki yg telefon atau SMS ikut suka hati mereka sahaja tpi bila we need them,bayang pun tak nmpak.okey2 positive thinking,diorang buzy kowt.

3)Lelaki ajak dating tpi tak dating pown.Dia ajak korang keluar pon sebab2 tak tahu nak buat per,tak yah lh dating gitu..

4)lelaki yg dah ada awek tpi slalu call dan SMS or jumpa anda.Ada awek dah tpi masih kacau yg lain jugak.Positive thinking,owh ada tugasan kowt.Okey

5)Lelaki yg selalu berfikir semua perkara yg dilakukan mereka betul.Posivite Thinking lagi,sebab diorang lebih tahu kan?

6)Lelaki yg sentiasa blur,Tidak faham kehendak wanita.positive positive,tak ada adik perempuan kowt sebab tu lh mcm blur skit nak fhm girl.

7)Lelaki yg tidak tahu kehendak sendiri apatah lagi kehendak wanita.Positive positive positive thinking. Hmmm

8)Lelaki yg 24 jam nak berkepit dngan anda tanpa mengira masa dan keadaan .Well,nanti lama-lama rimak jugak.Positive thinking,er tak dpt nak positive dan negitive  thinking je,kenapa tak kena berkepit ha? T__T

9)Lelaki yg suka kutuk lelaki laen dngan harapan para wanita tidak mendekati lelaki tersebut.Positive thinking?

10)Lelaki yg tidak dpt memberikan layanan yg baek dan betul kepada seseorang wanita,pendek kata merendah-rendahkan wanita.Positive thinking,mungkin lelaki tu emosional ke,emosi terganggu..